Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa
ais tidak elok untuk diminum selepas makan.
Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka
menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini..
Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais
berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan
makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila
kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan
Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan
mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut,
makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.
Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam
salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah
bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus
kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis..
Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas
menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak
atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus
kecil.
Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa
yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia
berfungsi seperti sistem penyejuk kereta.
Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan
menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering
dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu
disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di
jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah
jantung, dan lain-lain.
Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi
terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut
dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan
terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung
kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.
Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku
di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu
sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama
sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini.
Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.
Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus
selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air
panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita
buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai
tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.
Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat
berkait dengan perkembangan akal manusia..
Sekaian terima kasih :)
No comments:
Post a Comment