Salam semua..
Anda sedia maklumkan gula merupakan bahan utama dalam
masakan dan kehidupan seharian kita. Tiada gula hidup tak sahh..terlebih gula
hidup merana. Dalam dunia baking, gula memainkan peranan yang amat penting.
Dalam perbidalan orang2 melayu lama juga, gula diibaratkan sebagai satu daya
pemikat, "mati semut kerana gula"..sungguh besar ertinya. Di Malaysia
kita ada pelbagai jenis gula, dari yang biasa kita guna hingga pada yang
digunakan untuk tujuan2 tertentu dalam satu2 proses makanan. sy kongsi sedikit
info pasal jenis2 gula yang sy dapat dari internet dan blog rakan2...Terima
kasih pada mereka...
1 - GULA PASIR ....
Sejenis gula biasa yang kita guna dalam kehidupan harian,
berbutiran agak kasar, putih dan ianya salah satu bahan pemanis penting dalam
minuman dan juga kueh2 tradisonal. Boleh juga dikisar halus untuk digunakan
dalam pembikinan kek dan biskut.
2 - GULA HALUS ....
Seperti gula pasir juga tapi keadaannya lebih halus sedikit
dari gula pasir, yang ini pun sesuai digunapakai dalam pembikinan kek dan
biskut, kerana ianya mudah sebati dengan mentega dan bahan2 lain bila
diputar...
3 - GUKA KASTOR ...
Gula yang begitu sinonim dengan pembuat2 kek dan biskut.
Paling ideal untuk membuat kek dan biskut, kerana teksture nya yang lebih kecil
dari gula halus, dan bila diputar bersama mentega, ianya senang larut dan tidak
menyebabkan mentega terlebih putar. Mudah didapati di pasaraya2 dan juga kedai2
menjual bahan baking..
4 - GULA AISING ....
Gula halus seperti tepung dan telah diberi sedikit campuran
tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat biskut yang tidak memerlukan kita
memutar mentega telalu lama, contohnya seperti butter cookies dan shortbread.
Sesuai juga dalam penyedian sugarpaste dan juga fondant untuk kegunaan menghias
kek. Juga meluas digunakan untuk membuat buttercream, paling utama ia perlu
diayak sebelum digunakan. Diguna juga untuk menghias permukaan kek atau pastry
dengan mengayak dipermukaannya.
5 - GULA "SNOW POWDER"...
Yang ini sejenis gula seakan2 gula aising tapi telah
dimodifikasi dengan menambah tepung kanji dan juga cocoa butter mengikut
standard yang telah ditetapkan. Satu kelebihan snow powder ianya tak akan mudah
cair bila terkena lembapan, atau bila disimpan dalam peti sejuk..Di Malaysia ni sy tak pasti sudah ada atau tidak, tapi di Singapura rasa2 mudah
didapati...apa2 info nanti sy share yea..
6 - GULA PERANG...
Gula perang meluas digunakan dalam membuat kek buah dan juga
biskut cip coklat. Datang dalam 2 rupa yang berbeza terutama dari segi warna.
Rasanya lebih kuat dan warnanya pulak dari perang dan perang gelap. Rasanya
kurang manis sedikit dari gula halus dan juga sesuai digunapakai dalam membuat
kek. Teksture nya agak kasar dan perlu dikisar sedikit. Tapi sy buat tak
kisar, terus guna bersama mentega.
7 - GULA MELAKA/GULA KABUNG/GULA MERAH...
Sejenis gula yang terhasil dari nira pokok kelapa dan pokok
enau. Proses mendapatkannya agak rumit, tapi rasanya sungguh istimewa, menjadi
bahan utama dalam penyediaan kueh-mueh orang2 melayu dan peranakan. Proses
memasak gula tadi akan dicampur dengan sedikit peratusan gula pasir, tapi masih
mengekalkan rasa keaslian gula melaka dan gula kabung. Sebelum diguna, gula ini
harus kita cairkan dan tapis, kerana ianya mengandungi sisa2 hampas yang telah
beku bersama2 gula...
8 - GULA TANJUNG....
Yang ni kat Malaysia mat tak pasti, tapi ianya seakan2 gula
perang, bewarna oren dan sy perasan ianya dimakan bersama putu mayam. Sebab sy pernah nampak ianya diguna dalam satu masakan di TV Singapura...mungkin di
Malaysia ianya digelar dengan nama lain...ada sesiapa tau tak?..boleh share
yeaa...terima kasih.
9 - GULA BATU...
Atau rock sugar, sejenis gula dalam ketulan kristal yang
besar, ianya berasal dari gula pasir yang telah diolah. Digunakan dalam
pembuatan jeruk, halwa dan ada juga orang2 lama yang menggunakan untuk memasak
sirap ros dan membuat agar2 gudel. Rasa gula batu kurang manis sedikit dari
gula pasir.
10 - GULA HITAM @ MOLASSES....
Bewarna kehitaman dan berbentuk pekatan. Terhasil dari bahan
sampingan semasa memproses gula. Ia digunakan untuk memberi rasa dan warna
dalam kek dan pencuci mulut...ini bergantung pada resipi yang mengesyorkan
penggunaannya...
Ok..sekian dulu untuk hari ni..Mohon ampon dan maaf jika ada
info yang kurang tepat..dan jika anda punya info yang lebih spesifik, sila
tulis di ruangan komen nanti yea.....Jumpa di lain masa, assalammualaikum....
No comments:
Post a Comment