>

Wednesday, October 30, 2013

GARAM

Maksud Garam

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

                                                              Rajah 1 Kristal Garam

Fungsi Garam

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit. Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.


Rajah 2 Garam beriodin


Kesan Kesihatan

Natrium adalah salah satu primer elektrolit di dalam badan. Ketiga-tiga elektrolit (natrium, kalium dan kalsium) terdapat di dalam garam yang belum disaring, seperti yang lain yang juga penting untuk badan untuk menjalankan proses pada kadar yang optimum. Terlalu banyak garam atau terlalu kurang boleh menyebabkan gangguan elektrolit yang membawa bahaya malah boleh menyebabkan masalah neurologi yang boleh membawa maut. Kesan-kesan terlebih pemakanan natrium merupakan topik yang kontroversi. Terlebih pemakanannya telah dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi, walaupun kesannya ke atas seseorang individu itu berbeza pada julat yang besar. Persatuan Pengeluar Garam (U.K) mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan antara kadar pengambilan dengan mortaliti ataupun dengan kardiovaskular.http://www.saltsense.co.uk/releases/rel013.htm. Satu kajian membuktikan bahawa lelaki yang mengalami hipertensi dan kadar natrium urea yang rendah berkait dengan kadar risiko mendapat sakit jantung lebih tinggi
Kadar pengambilan garam yang tidak betul bersama dengan amalan meminum air yang terlalu banyak, meletakkan seseorang itu pada risiko ketoksikkan air. 
Kadar diet yang tinggi garam juga dikaitkan dengan asma dan kereputan atau kerosakkan ketumpatan tulang pada kanak-kanak perempuan. Namun, garam juga mempunyai kegunaan untuk kesihatan juga seperti perawatan untuk penyakit dysautonomia.





Maklumat am Kategori Mineral halida Formula kimia Natrium klorida (NaCl) Pengecaman Berat molekul 58.433 g/mol Warna Tidak berwarna atau putih; juga biru, ungu, merah, kuning, jingga dan kelabu Tabii hablur Banyaknya kiub dan di dasar enapan besar, tetapi juga berbutir, berserat dan padat Sistem hablur Kiub Pembelahan Sempurna {001}, kiub tiga arah Fraktur Konkoid Kekerasan skala Mohs 2 - 2.5 Kilau Kekaca Indeks biasan n = 1.544 Sifat-sifat optik Isotropi Guris Putih Graviti tentu 2.17 Keterlarutan Larut air Diafaneiti Lut sinar Ciri-ciri lain Rasa masin, pendarfluor

No comments:

Post a Comment