>

Wednesday, October 30, 2013

GARAM

Maksud Garam

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

                                                              Rajah 1 Kristal Garam

Fungsi Garam

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit. Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.


Rajah 2 Garam beriodin


Kesan Kesihatan

Natrium adalah salah satu primer elektrolit di dalam badan. Ketiga-tiga elektrolit (natrium, kalium dan kalsium) terdapat di dalam garam yang belum disaring, seperti yang lain yang juga penting untuk badan untuk menjalankan proses pada kadar yang optimum. Terlalu banyak garam atau terlalu kurang boleh menyebabkan gangguan elektrolit yang membawa bahaya malah boleh menyebabkan masalah neurologi yang boleh membawa maut. Kesan-kesan terlebih pemakanan natrium merupakan topik yang kontroversi. Terlebih pemakanannya telah dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi, walaupun kesannya ke atas seseorang individu itu berbeza pada julat yang besar. Persatuan Pengeluar Garam (U.K) mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan antara kadar pengambilan dengan mortaliti ataupun dengan kardiovaskular.http://www.saltsense.co.uk/releases/rel013.htm. Satu kajian membuktikan bahawa lelaki yang mengalami hipertensi dan kadar natrium urea yang rendah berkait dengan kadar risiko mendapat sakit jantung lebih tinggi
Kadar pengambilan garam yang tidak betul bersama dengan amalan meminum air yang terlalu banyak, meletakkan seseorang itu pada risiko ketoksikkan air. 
Kadar diet yang tinggi garam juga dikaitkan dengan asma dan kereputan atau kerosakkan ketumpatan tulang pada kanak-kanak perempuan. Namun, garam juga mempunyai kegunaan untuk kesihatan juga seperti perawatan untuk penyakit dysautonomia.





Maklumat am Kategori Mineral halida Formula kimia Natrium klorida (NaCl) Pengecaman Berat molekul 58.433 g/mol Warna Tidak berwarna atau putih; juga biru, ungu, merah, kuning, jingga dan kelabu Tabii hablur Banyaknya kiub dan di dasar enapan besar, tetapi juga berbutir, berserat dan padat Sistem hablur Kiub Pembelahan Sempurna {001}, kiub tiga arah Fraktur Konkoid Kekerasan skala Mohs 2 - 2.5 Kilau Kekaca Indeks biasan n = 1.544 Sifat-sifat optik Isotropi Guris Putih Graviti tentu 2.17 Keterlarutan Larut air Diafaneiti Lut sinar Ciri-ciri lain Rasa masin, pendarfluor

Monday, October 28, 2013

GULA OHHH GULA..


Salam semua..

Anda sedia maklumkan gula merupakan bahan utama dalam masakan dan kehidupan seharian kita. Tiada gula hidup tak sahh..terlebih gula hidup merana. Dalam dunia baking, gula memainkan peranan yang amat penting. Dalam perbidalan orang2 melayu lama juga, gula diibaratkan sebagai satu daya pemikat, "mati semut kerana gula"..sungguh besar ertinya. Di Malaysia kita ada pelbagai jenis gula, dari yang biasa kita guna hingga pada yang digunakan untuk tujuan2 tertentu dalam satu2 proses makanan. sy kongsi sedikit info pasal jenis2 gula yang sy dapat dari internet dan blog rakan2...Terima kasih pada mereka...

1 - GULA PASIR ....
Sejenis gula biasa yang kita guna dalam kehidupan harian, berbutiran agak kasar, putih dan ianya salah satu bahan pemanis penting dalam minuman dan juga kueh2 tradisonal. Boleh juga dikisar halus untuk digunakan dalam pembikinan kek dan biskut.


2 - GULA HALUS ....
Seperti gula pasir juga tapi keadaannya lebih halus sedikit dari gula pasir, yang ini pun sesuai digunapakai dalam pembikinan kek dan biskut, kerana ianya mudah sebati dengan mentega dan bahan2 lain bila diputar...




3 - GUKA KASTOR ...
Gula yang begitu sinonim dengan pembuat2 kek dan biskut. Paling ideal untuk membuat kek dan biskut, kerana teksture nya yang lebih kecil dari gula halus, dan bila diputar bersama mentega, ianya senang larut dan tidak menyebabkan mentega terlebih putar. Mudah didapati di pasaraya2 dan juga kedai2 menjual bahan baking..


4 - GULA AISING ....
Gula halus seperti tepung dan telah diberi sedikit campuran tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat biskut yang tidak memerlukan kita memutar mentega telalu lama, contohnya seperti butter cookies dan shortbread. Sesuai juga dalam penyedian sugarpaste dan juga fondant untuk kegunaan menghias kek. Juga meluas digunakan untuk membuat buttercream, paling utama ia perlu diayak sebelum digunakan. Diguna juga untuk menghias permukaan kek atau pastry dengan mengayak dipermukaannya.

5 - GULA "SNOW POWDER"...
Yang ini sejenis gula seakan2 gula aising tapi telah dimodifikasi dengan menambah tepung kanji dan juga cocoa butter mengikut standard yang telah ditetapkan. Satu kelebihan snow powder ianya tak akan mudah cair bila terkena lembapan, atau bila disimpan dalam peti sejuk..Di Malaysia ni sy tak pasti sudah ada atau tidak, tapi di Singapura rasa2 mudah didapati...apa2 info nanti sy share yea..





6 - GULA PERANG...
Gula perang meluas digunakan dalam membuat kek buah dan juga biskut cip coklat. Datang dalam 2 rupa yang berbeza terutama dari segi warna. Rasanya lebih kuat dan warnanya pulak dari perang dan perang gelap. Rasanya kurang manis sedikit dari gula halus dan juga sesuai digunapakai dalam membuat kek. Teksture nya agak kasar dan perlu dikisar sedikit. Tapi sy buat tak kisar, terus guna bersama mentega.




7 - GULA MELAKA/GULA KABUNG/GULA MERAH...
Sejenis gula yang terhasil dari nira pokok kelapa dan pokok enau. Proses mendapatkannya agak rumit, tapi rasanya sungguh istimewa, menjadi bahan utama dalam penyediaan kueh-mueh orang2 melayu dan peranakan. Proses memasak gula tadi akan dicampur dengan sedikit peratusan gula pasir, tapi masih mengekalkan rasa keaslian gula melaka dan gula kabung. Sebelum diguna, gula ini harus kita cairkan dan tapis, kerana ianya mengandungi sisa2 hampas yang telah beku bersama2 gula...

8 - GULA TANJUNG....
Yang ni kat Malaysia mat tak pasti, tapi ianya seakan2 gula perang, bewarna oren dan sy perasan ianya dimakan bersama putu mayam. Sebab sy pernah nampak ianya diguna dalam satu masakan di TV Singapura...mungkin di Malaysia ianya digelar dengan nama lain...ada sesiapa tau tak?..boleh share yeaa...terima kasih.



9 - GULA BATU...
Atau rock sugar, sejenis gula dalam ketulan kristal yang besar, ianya berasal dari gula pasir yang telah diolah. Digunakan dalam pembuatan jeruk, halwa dan ada juga orang2 lama yang menggunakan untuk memasak sirap ros dan membuat agar2 gudel. Rasa gula batu kurang manis sedikit dari gula pasir.



10 - GULA HITAM @ MOLASSES....
Bewarna kehitaman dan berbentuk pekatan. Terhasil dari bahan sampingan semasa memproses gula. Ia digunakan untuk memberi rasa dan warna dalam kek dan pencuci mulut...ini bergantung pada resipi yang mengesyorkan penggunaannya...


Ok..sekian dulu untuk hari ni..Mohon ampon dan maaf jika ada info yang kurang tepat..dan jika anda punya info yang lebih spesifik, sila tulis di ruangan komen nanti yea.....Jumpa di lain masa, assalammualaikum....

Sunday, October 27, 2013

KEBAIKAN AIS SELEPAS MAKAN



   



Assalamualaikum dan salam sejahtera……
Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan.
Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini..

Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan

Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.
Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar untuk dibuang melalui najis..

Jika kita minum air panas selepas makan terutamanya selepas menjamah makanan yang berlemak atau berminyak, air itu akan mencairkan lemak atau minyak yang kita makan tadi dan memudahkan makanan tadi diserap oleh usus kecil.

Seterusnya, makanan tersebut akan pergi ke jantung kita. Apa yang berlaku di jantung ialah makanan akan disejukkan kerana jantung manusia berfungsi seperti sistem penyejuk kereta.
Lemak atau minyak yang dimakan tadi apabila disejukkan akan menjadi beku di jantung. Inilah antara punca masalah jantung yang sering dihadapi oleh manusia kini. Ini akan menyebabkan fungsi jantung terganggu disebabkan oleh mendapan lemak atau minyak yang ada pada saluran darah di jantung manusia. Maka akan terjadilah penyakit jantung tersumbat, lemah jantung, dan lain-lain.

Sebaliknya, jika kita minum air sejuk atau ais, makanan tadi terutamanya yang berlemak atau berminyak akan disejukkan dan dibekukan di perut dan tidak akan dapat diserap oleh usus kecil. Malah, makanan berlemak ini akan terus ke usus besar dan dibuang sebagai najis. Maka akan selamatlah jantung kita daripada lemak berlebihan dalam makanan tadi.




Adalah salah sama sekali kita menyamakan proses yang berlaku di dalam dan di luar badan manusia. Ini kerana, fisiologi badan manusia itu sangat berbeza daripada fisiologi di luar badan manusia. Malah, tidak sama sekali dapat disamakan dengan apa-apa pun binatang yang ada di dunia ini. Kerana itulah kejadian manusia itu adalah sebaik-baik penciptaan oleh Allah S.W.T.

Kesimpulannya, adalah digalakkan kita minum ais sejurus selepas makan, minum air pada suhu bilik, 30 minit selepas makan dan minum air panas atau suam 2 jam selepas makan. Namun, ais tersebut adalah ais yang kita buat sendiri daripada air yang ditapis bukan ais di kedai kerana ais di kedai tinggi kandungan ammonia yang akan memberi mudarat kepada kita.

Sangat penting kita menjaga pemakanan kerana ia sangat berkait dengan perkembangan akal manusia..

Sekaian terima kasih  :)

Wednesday, October 23, 2013

PEMAKANAN SIHAT (PIRAMID MAKANAN)



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. 

Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang untuk berada di sini.
Pada minggu ini saya ingin berkongsi berkenaan cara pemakanan sihat. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat?

Sebelum itu, marilah kita sama-sama memahami maksud makanan. Makanan ialah apa-apa jua pepejal dan cecair yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan mengandungi unsur-unsur nutrient serta mempunyai ciri-ciri dari segi rupa bentuk, warna, tekstur, rasa dan bau. 
Pemakanan bermaksud pengambilan makanan dan fungsi makanan kepada tubuh manusia meliputi jenis dan nutrien bagi proses pertumbuhan, pemulihan serta pengawalan tubuh badan.
Setelah memahami maksud makanan dan pemakanan, mudah untuk kita menjaga pemakanan kita agar kita kekal sihat dan cergas.

Antara cara pemaknan sihat adalah dengan merujuk kepada piramid makanan. Apakah yang dimaksudkan dengan piramid makanan?
Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.



                                                            Piramid makanan




ARAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Antara contoh hidangan 






Melalui piramid makanan, kita dapat merancang menu yang sihat dalam setiap hidangan sepanjang hari tidak kira sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Dengan ini kesihatan kita lebih terjaga.

Tuesday, October 8, 2013

Teknologi  Makanan 

Assalamualaikum..semua..hari ni saya nak berkongsi sedikit info dengan anda semua tentang Teknologi Makanan.Erm..untuk pengetahuan korang..teknologi makanan ni merupakan suatu bidang sains dalam penghasilan produk makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Bidang ini banyak diajar di pusat pengajian tinggi awam ataupun swasta. Bidang teknologi makanan ini juga diajar pada pelbagai peringkat bermula di peringkat Sijil Teknologi Makanan, Diploma Teknologi Makanan, Ijazah Teknologi Makanan seterusnya ke peringkat Masters dan juga Phd.

Namun seringkali saya tertanya - tanya adakah apa yang kita pelajari itu menjuruskan lebih kepada konsep ilmiah atau keilmuan ataupun ke arah praktikel. Maksudnya adakah apa yang kita pelajari itu sesuai dengan kehendak masyarakat serta pasaran atau sekadar asas untuk mendapat pengiktirafan dan seterusnya satu tiket untuk kita menerjah alam pekerjaan ?

Seperti petani serta penternak mengaplikasikan teknologi makanan yang mudah itu ke dalam perusahaan mereka pada kos yang murah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di persekitaran. Penghasilan produk makanan dengan menggunakan pendekatan teknologi makanan yang mudah serta pada kos yang murah,menjadikan produk itu dapat dijual pada pengguna dengan harga yang agak berpatutan serta ia mampu berdaya saing dipasaran.

Namun begitu produk yang mereka hasilkan boleh juga dibanggakan kerana ianya amat unik.Contohnya mee keledek, ais krim keledek, pau dari keledek dan pelbagai lagi makanan yang telah dihasilkan di Surabaya Indonesia.
                                                        Kopi Segera Halia 
                                                    Sangat mudah nak buat ni.. 


                                                      Freench Fries Ubi Keledek

Macam-macam produk berteknologi makanan direka



         Jus apple pun mampu dikeluarkan sendiri oleh penduduk di Surabaya . Buah epal segar di tanam sendiri di Malang.



                                                     Pau ubi keledek (Telo)





                                Ice cream daripada ubi keledek..emm..sedap ni...




                                 Kuih pau keledek sejuk beku..balik kukus aje ni..





                                Ubi keledek rebus di ice blend dan di jual direstoran





 Ubi keledek daripada pelbagai jenis, dikeringkan dan dijadikan tepung dan digunakan dalam pelbagai makanan bagi mengantikan/ mengurangkan penggunaan tepung gandum.

Ubi keledek purple, putih dan kuning banyak ditanam oleh orang kampung dan diproses dengan teknologi makanan mudah yang mengunakan kayu api sebagai bahan bakar untuk mengering ubi yang kemudian ditumbuk atau dikisar serta diayak halus menjadi tepung.
Teknologi Makanan mudah orang kampung boleh dibuat tanpa pengeluaran kos yang tinggi.




  
       
Mee Kuning dan Purple campuran tepung keledek dan gandum dijadikan mee kering  dan dijual dikedai - kedai. Ini mengurangkan pengguna bahan import gandum.




             



Okey...tu la serba sedikit info yang dapat sy kongsikan bersama korang suma..harap korang dapat serba sedikit maklumat@pengetahuan pasal teknologi makanan ni..wasalam..


Saturday, October 5, 2013

PENGAWETAN MAKANAN

PENGAWETAN MAKANAN
Assalamualaikum w.b.t semua..hihi..kali ni saya nak cerita fasal pengewatan makanan yang semakin hangat di pasaran negara sekarang..perkara ni bukan sahaja terkenal di negara kita,malah semua negara yang membangun juga turut berlaku proses ini..
APAKAH PENGEWATAN MAKANAN?
Secara amnya,pengawetan makananadalah satu proses pemuliharaan yang menangguh masa sesuatu makanan basi dan tidak sesuai untuk dimakan lagi..Pengawetan makanan adalah cara yang digunakan untuk membuat makanan memiliki daya simpan yang lama dan mempertahankan sifat-sifat dan kimia makanan..
1.PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN
Sebelum dimasukkan ke dalam tin,sesuatu makanan akan dimasak dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria di dalamnya..Makanan ini kemudian di simpan dalam steril dalam tin,botol atau kotak (seperti susu)



2.PENJERUKKAN
Menggunakan cuka atau asid yang akan menyebabkan tidak dapat hidup,.Contohnya,bawang dan lada..Gula juga boleh digunakan di mana campuran gula akan menghilangkan air dari buah-buahan mengelakkan pembiakan mikroorganisma..Contohnya,buah pala dan buah mangga..



Description: C:\Users\user\Documents\blog sc kom 2_files\P1120488.JPG

3.PENGERINGAN
Dalam proses pengeringan,air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma akan mati atau tidak aktif..Contohnya,ikan kering,cili kering dan buah-buahan..




4.PENGASINAN
Merupakan proses tradisional di mana menggunakan garam kasar,.Dalam proses ini,garam akan mengeluarkan kelembapan dan menghilangkan pembiakan mikroorganisma..contohnya,ialah telur masin..

Description: C:\Users\user\Documents\blog sc kom 2_files\Telur+Asin.jpg



5.PENYEJUKBEKUAN
Proses ini akan menjadikan mikroorganisma tidak aktif pada suhu beku..Pembekuan tidak membunuh bakteria tetapi menghentikan aktiviti bakteria yang menyebabkan makanan basi..Ia popular kerana ia tidak mengubah perisa sesebuah makanan kecuali buah-buahan yang akan kekapasan apabila dibekukan..


Description: C:\Users\user\Documents\blog sc kom 2_files\DSC04617.JPG


6.PEMPASTEURAN
Proses pemanas makanan pada suhu tertentu untuk membunuh bakteria..Kemudian diikuti dengan penyejukan..Contohnya,susu segar ,yougurt  dan jus..

7.PEMBOTOLAN
A)Pembotolan dan pengetinan
Sebelum dimasukkan ke dalam tin,sesuatu makanan akan direbus atau dimasak dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria di dalamnya..Makanan ini kemudian disimpan secara steril dalam tin,botol atau kotak (seperti susu )

                                                                                                   Description: C:\Users\user\Documents\blog sc kom 2_files\images


Ha..tulah serba sedikit tentang pengawetan makanan..sy harap korang dapat menambah serba sedikit tentang hal ni..:)