PENGENALAN
Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM) telah diluluskan penubuhannya di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) oleh Kementerian Pendidikan melalui surat Jabatan Pendidikan Tinggi bertarikh 19 September 2002 dan mula beroperasi pada sesi akademik November 2002/2003. Fakulti ini mempunyai matlamat memberi latihan akademik dan penyelidikan dalam disiplin agroteknologi dan sains makanan bagi memenuhi keperluan tenaga profesional dan terlatih untuk keperluan negara.
FUNGSI
- Menumpukan kepada aspek penyelidikan dan pengurusan teknologi pengeluaran pertanian dan makanan yang mampu mempertingkatkan pengeluaran sumber makanan serta menjana pembangunan ekonomi negara yang lebih mampan.
- Menghasilkan sumber manusia profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidangnya, berkepimpinan serta mempunyai nilai-nilai murni.
- Melahirkan usahawan dan tenaga profesional dalam agro-industri tanaman, perikanan, ternakan, akuakultur, mempertingkatkan sumber-sumber hayat dan pengurusan makanan melalui integrasi elemen-elemen IT, perniagaan, pengurusan, sains dan teknologi.
- Memberi khidmat nasihat dan idea kepada golongan-golongan berkepentingan seperti nelayan, penternak, petani, industri dan masyarakat keseluruhannya.
SARJANA MUDA SAINS MAKANAN
(TEKNOLOGI MAKANAN)
MISI
Misi Jabatan Sains Makanan adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dari segi pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan, Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan.
OBJEKTIF
Objektif Jabatan Sains Makanan ialah melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aspek sains dan teknologi makanan, perkhidmatan makanan dan pemakanan serta berupaya menjadi anggota pengurusan dalam sektor industri makanan dan perkhidmatan makanan
MATLAMAT PROGRAM
Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam aspek sains makanan dan teknologi makanan serta berupaya menjadi tenaga kerja yang berdaya sains, berketerampilan dan profesional dalam sektor industri makanan.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) adalah seperti berikut:
- Menghasilkan graduan yang berpengetahuan tinggi, terlatih dan mahir dalam pemperosesan makanan untuk menghasilkan makanan yang berkhasiat dan selamat.
- Untuk melahirkan graduan professional yang boleh bekerja dengan pelbagai agensi swasta dan awam dalam bidang yang berkaitan sains dan teknologi makanan termasuk pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, perundangan dan pendidikan.
- Untuk melahirkan usahawan yang inovatif dan mampu berdikari dalam industri makanan termasuk pemperosesan makanan, perniagaan borong dan makanan dan premis makanan lain.
PELUANG KERJAYA
Bidang teknologi makanan ini cukup luas dan saya masih ingat kata-kata pensyarah saya yang mengatakan selagi ada manusia yang memerlukan makanan maka selagi itulah Pegawai Teknologi Makanan atau lebih glamour di kenali sebagai Food Technologist, diperlukan.
Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pelbagai lagi.
Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.
Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.
Pemprosesan
makanan merupakan salah satu industri pembuatan terbesar dan memberi peluang
pekerjaan yang amat baik kepada graduan teknologi makanan. Pembangunan dan
pemajuan industri ini memerlukan tenaga mahir didalam bidang yang berkaitan
teknologi makanan. Graduan teknologi makanan mempunyai kemahiran yang
membolehkan mereka menjadi usahawan makanan atau memegang jawatan penting
didalam kilang memproses makanan, pembekal makanan dan bahan makanan serta
makmal penyelidikan dan perundingan, badan-badan kerajaan dan agensi
perundangan dan pengkuatkuasaan.
Salam...tumpang tanya..klau dari lulusan diploma untuk sambung degree berapa semester ya..
ReplyDelete