>

Tuesday, December 3, 2013

COKLAT

5 FAKTA MENARIK YANG KAMU TIDAK TAHU PASAL COKLAT
Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.





Kali ni nak kongsi dengan anda semua fakta menarik tentang coklat. Siapa kat sini minat dengan coklat? jangan tipu-tipu bulan puasa macam ni. Rasanya hampir 90% yang minat kat coklat ni. Tak kira lah apa pun jenama coklat tu, Cadbury ke, Tobelerone ke, Daim ke, ferrero rocher ke, yang penting ianya sedap dan seperti mana yang AA nak bagitau hari ni, coklat sebenarnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Ramai yang kaitkan, kalau makan coklat, gigi boleh rosak, tapi tu sebenarnya, "omong-omongan" kosong semata-mata. Tu bukan faktanya. Memang lah gigi rosak kalau makan coklat tak basuh gigi, tapi punca utama kerosakkan itu bukan datangnya daripada coklat. Ada faham?

Jom kita tengok beberapa fakta menarik yang anda tak tahu pasal coklat kesayangan anda ni.


  1. Memberi Ketenangan : kenikmatan rasa, aroma dan kelazatan coklat disebabkan oleh pengeluaran pelali semula jadi yang mampu meningkatkan mood serta memberi rasa tenang dan bahagia kepada pemakan.
  2. Tidak meyebabkan jerawat : Punca utama pertumbuhan jerawat adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan kita sendiri serta pemakanan yang tidak teratur seperti memakan makanan minyak yang berlebihan, bukannya disebabkan coklat.
  3. Bukan penyebab karies gigi : Tanin dalam gigi membantu mencegah karies gigi dengan cara mengurangkan plak. Asid Oksalid yang ada dalam coklat pula membantu mengurangkan asid.
  4. Tidak menggemukkan : Kajian menunjukkan bahawa tiada makanan tertentu yang menyebabkan kegemukkan tetapi yang membuatkan seseorang gemuk adalah kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang.
  5. Penghidap diabetes boleh  makan coklat : Kajian oleh Persatuan Diabetes Britain , Amerika dan Mlayisa menunjukkan pengambilan makanan bergula dalam jumlah terhad boleh diambil sebagia diet tinggi serat dan rendah lemak..

Sekian...




glitter-graphics.com
glitter-graphics.com
glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Makanan Tradisi Negeri Terengganu


assalamualaikum..meh kita same2x tgk dan baca ape makanan tradisi yg menarik di trganu nih..



MAKANAN TRADISI NEGERI TERENGGANU

1.NASI DAGANG

KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.

Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.

Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang.

Bagaimana ke sana???

Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.



Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun.

Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.






3.DODOL DAUN PALAS

Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.

Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.

Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.

Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya.





4.KEROPOK LEKOR

Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.

Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.

Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.






5.SATAR

Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.

Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini.





6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR

Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang.




kuih bakar



kuih akok 




7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR

Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar.





8.OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan.






9.BUDU

Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda.


                                                   erm..yummy...3x



10.KUIH NEKBAT

Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.



Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. 
Jika anda handak mengetahui dan merasa makanan tradisi Terengganu ?
sila berkunjung ke TERENGGANU.
rasalah,nikmatilah keenakannya.......lazatttttt



Monday, December 2, 2013

OHHHH BROKOLI....!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...  

Kali ini kami ingin berkongsi berkenaan brokoli. tahukah anda apa itu brokoli? 

Brokoli (Brassica oleracea L. Kelompok Italica) adalah tanaman sayuran yang termasuk dalam jenis kubis atau Brassicaceae. Brokoli berasal dari daerah Laut Tengah dan sudah sejak masa Yunani Kuno. Sebagai makanan, brokoli biasanya direbus atau dikukus, atau dapat pula dimakan mentah. Cara terbaik dalam memasak brokoli adalah dengan cara dikukus. Hal ini bertujuan agar segala vitamin dan nutrisi penting di dalamnya tidak hilang selama proses pemasakan. Merebus brokoli akan menghilangkan sekitar 50 % asid folat yang terkandung di dalamnya. Oleh karena itu, jika ingin memasak brokoli dengan cara direbus, sebaiknya brokoli tidak direbus terlalu lama, kira-kira tidak lebih dari 5 minit. Brokoli mengandung vitamin C dan serat makanan dalam jumlah banyak. Brokoli juga mengandungi glukorafanin, yang merupakan ajen antikanser sulforafana (sulforaphane). Selain itu, brokoli mengandungi isotiosianat sebagaimana sulforafana.



Kandungan nutrisi pada brokoli terdiri daripada :-
  • Kalsium             56 mg
  • Kalori               33 kkal
  • Beta karoten     375 mcg
  • Folat                 90 mg
  • Zat Besi            1.7 mg
  • Vitamin C          87 mg
  • Vitamin E          1.3 mg
  • Seng                 0.6 mg
Khasiat dan manfaat brokoli terhadap kesehatan tubuh diantaranya :
1. Mampu Melawan dan Mencegah Kanser.
Agen anti kanser yang terdapat di brokoloi adalah indoles, sulforaphane, isothlocyanate, glukosinolate, ditihiolthione dan beta karoten.Sulforaphane ini adalah zat yang akan membentuk enzim yang mampu melawan kanser, diabetis, penyakit jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi.Sayuran brokoli dalam melawan kanser ternyata tidak hanya mampu mencegah pertumbuhan tumor sebanyak 60 %, tapi juga mampu mngecilkan ukuran tumor hingga 75 %.
2. Mampu Menormalkan kadar gula dalam darah.Brokoli dapat dimanfaatkan sebagai pengganti nasi bagi penderita kencing manis karena brokoli merupakan sumber karbohidart dengan jumlah kalori yang lebih rendah daripada nasi.
3. Mampu menurunkan kadar kolesterol.Penelitian di Amerika menemukan bahwa sayur brokoli mengandung serat pektin tertentu iaitu kalsium pektat yang mampu mengikat asam empedu, akibatnya lebih banyak kolesterol yang tertahan di hati dan sedikit kolesterol yang dilepaskan ke aliran darah.Efektivitas sayuran ini dalam menurunkan kadar koleterol jahat ternyata sama dengan obat penurun kolesterol.
4. Bagi ibu hamil disarankan untuk mengkonsumsi brokoli karana adanya asam folat yang terkandung di dalamnya.
5. Bermanfaat mencegah terjadinya gangguan jantung, stroke, berbagai jenis kanser seperti kolon, prostat, paru-paru, serviks, esophagus dan laring.
6. Sebagai anti oksidan.Kandungan vitamin A dan C brokoli dapat menjaga tetap awet muda, menurunkan risiko penyakit jantung, diabetes dan berbagai infeksi.
7. Serat Brokoli dapat dimanfaatkan dalam mencegah sembelit dan gangguan pencernaan.
8. Brokoli dapat meningkatkan PH yang terlalu asid dalam tubuh, sehingga akan membuat aktiviti hati menjadi lebih baik, jaringan menjadi elastik dan otot menjadi pejal serta tulang menjadi kuat.Ini berguna untuk proses peremajaan kulit dan tubuh karana menghasilkan elastisiti dan susunan tubuh yang lebih baik.
9. Dapat membantu kecerdasan.Dengan mengkonsumsi brokoli secara teratur dalam makanan sehari-hari juga dapat membantu kecerdesan otak karana brokoli memlancarkan aliran asid amino ke otak.
10. Brokoli dapat membantu melindungi mata dan penglihatan serta mengurangi risiko timbulnya katarak.

Ternyatalah brokoli ini mempunyai pelbagai khasiat. Pengambilan brokoli dalam setiap hidangan mampu membantu kita mencegah kanser. oleh itu, jadikanlah brokoli sebagai sayuran kesukaan kita. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Nantikan perkongsian kami berkaitan makanan pada masa akan datang.