>

Tuesday, December 3, 2013

COKLAT

5 FAKTA MENARIK YANG KAMU TIDAK TAHU PASAL COKLAT
Assalamualaikum Dan Salam Satu Dunia.





Kali ni nak kongsi dengan anda semua fakta menarik tentang coklat. Siapa kat sini minat dengan coklat? jangan tipu-tipu bulan puasa macam ni. Rasanya hampir 90% yang minat kat coklat ni. Tak kira lah apa pun jenama coklat tu, Cadbury ke, Tobelerone ke, Daim ke, ferrero rocher ke, yang penting ianya sedap dan seperti mana yang AA nak bagitau hari ni, coklat sebenarnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Ramai yang kaitkan, kalau makan coklat, gigi boleh rosak, tapi tu sebenarnya, "omong-omongan" kosong semata-mata. Tu bukan faktanya. Memang lah gigi rosak kalau makan coklat tak basuh gigi, tapi punca utama kerosakkan itu bukan datangnya daripada coklat. Ada faham?

Jom kita tengok beberapa fakta menarik yang anda tak tahu pasal coklat kesayangan anda ni.


  1. Memberi Ketenangan : kenikmatan rasa, aroma dan kelazatan coklat disebabkan oleh pengeluaran pelali semula jadi yang mampu meningkatkan mood serta memberi rasa tenang dan bahagia kepada pemakan.
  2. Tidak meyebabkan jerawat : Punca utama pertumbuhan jerawat adalah disebabkan perubahan hormon dalam badan kita sendiri serta pemakanan yang tidak teratur seperti memakan makanan minyak yang berlebihan, bukannya disebabkan coklat.
  3. Bukan penyebab karies gigi : Tanin dalam gigi membantu mencegah karies gigi dengan cara mengurangkan plak. Asid Oksalid yang ada dalam coklat pula membantu mengurangkan asid.
  4. Tidak menggemukkan : Kajian menunjukkan bahawa tiada makanan tertentu yang menyebabkan kegemukkan tetapi yang membuatkan seseorang gemuk adalah kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang.
  5. Penghidap diabetes boleh  makan coklat : Kajian oleh Persatuan Diabetes Britain , Amerika dan Mlayisa menunjukkan pengambilan makanan bergula dalam jumlah terhad boleh diambil sebagia diet tinggi serat dan rendah lemak..

Sekian...




glitter-graphics.com
glitter-graphics.com
glitter-graphics.com
glitter-graphics.com

Makanan Tradisi Negeri Terengganu


assalamualaikum..meh kita same2x tgk dan baca ape makanan tradisi yg menarik di trganu nih..



MAKANAN TRADISI NEGERI TERENGGANU

1.NASI DAGANG

KESUKARAN menyediakan nasi dagang sememangnya berbaloi dengan keenakan rasa nasi yang dimasak secara kukus dengan campuran beras siam dan sedikit beras pulut serta halba dan halia yang dihidangkan bersama gulai ikan tongkol.

Sajian ini wajib dinikmati sekiranya berkunjung ke Terengganu dan hidangan tradisional ini dimakan pada waktu pagi dan malam.

Terdapat beberapa restoran dan gerai yang menawarkan cita rasa asli nasi dagang dan antara lokasi gerai nasi dagang yang menjadi pilihan terletak di Chendering, Batu Burok dan Ladang.

Bagaimana ke sana???

Pengunjung boleh mengunjungi gerai ini di sepanjang jalan ke Kuala Terengganu dari arah Kuantan atau Kota Bharu.



Nasi lemak adalah makanan kegemaran masyarakat di negeri Terengganu. Makanan ini di hidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Aroma nasinya yang wangi membantu meningkatkan semangat sesiapa yang memakannya sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Makanan ini biasanya mengandungi nasi lemak,kacang,ikan bilis @ ikan tongkol, kuah yang berwarna merah, dan timun.

Kini makanan ini telah di kuasai oleh masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu juga, kandungannya telah di pelbagaikan supaya nasi lemak lebih enak untuk di nikmati. Makanan ini mudah di dapati di negeri ini kerana setiap gerai atau kedai makan pasti menyediakan menu masi lemak.






3.DODOL DAUN PALAS

Dodol daun palas adalah sejenis kuih tradisi masyarakat di negeri ini. Cara pembuatannya sama seperti dodol biasa tatapi keunikannya terletak pada cara pembungkusannya iaitu dodol yang siap di masak akan di letakkan di atas daun palas dan di lipat dan di biar sejuk dan keras.

Cara pembuatannya yang rumit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk mengusahakannya secara meluas kerana pembuatan dodol memerlukan tenaga yang banyak untuk mengacau sehingga masak.

Di Terengganu, perusahaan dodol daun palas masih di usahakan dengan dana perniagaan yang di beri oleh kerajaan Terengganu supaya pembuatan dodol daun palas ini tidak lupus di telan masa.

Dodol daun palas ini boleh di dapati di kedai runcit dan pasar raya.





4.KEROPOK LEKOR

Sebut sahaja makanan popular Terengganu pasti semua akan terbayangkan keenakan keropok lekor yang di perbuat daripada ikan yang segar di luluhkan isinya dan di masukkan sagu kemudian di gaul sebati sebelum di bentuk menjadi keropok lekor, kemudiannya di rebus atau di goreng atau di jadikan keropok keping.

Keropok lekor biasanya di hidang bersama sos pencicah @ colek(dialek Terengganu) yang di buat sendiri oleh pengusaha.

Dengan teknologi yang canggih kini dapat memenuhi permintaan serta masih mengekalkan keenakannya menyebabkan Terengganu menjadi tumpuan masyarakat luar yang datang untuk membelinya dan membawa pulang ke destinasi masing-masing untuk di jadikan buah tangan.






5.SATAR

Sata adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar yang di campur kelapa serta diletak sedikit cili hiris sebagai perasa. Kemudiannya ianya di letakkan dalam daun pisang yang berbentuk kon dan di lipat bahagian terbuka lalu di cucuk dengan buluh yang telah di raut untuk di bakar.

Pengunjung boleh mendapat sata yang segar apabila berkunjung ke Terengganu kerana sata di jual di sepanjang jalan di negeri ini.





6.KUIH AKOK DAN KUIH BAKAR

Kuih ini amat mudah di dapati di Terengganu kerana pembuatannya yang mudah.Kuih ini di bakar menggunakan acuan yang di perbuat daripada loyang. Cara pembakarannya hanya menggunakan sabut kelapa yang dibakar atas dan bawah loyang.




kuih bakar



kuih akok 




7.PULUT LEPA @ PULUT BAKAR

Pulut lepa dibuat menggunakan beras pulut yang direbus dan dimasukkan inti ikan ke dalam pulut sebelum dibalut dengan menggunakan daun pisang dan diselitkan lidi kelapa pada hujung daun pisang sebelum di bakar di atas tempat membakar.





8.OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan yang di perbuat daripada ikan segar, isnya telah di asingkan dari tulangnya dan dimasukkkan sedikit perasa sebelum di letakkan dalam daun kelapa sebelum di bakar.Makanan ini amat popular di Terengganu kerana keenakan isi ikannya yang segar serta masih panas dan boleh terus di makan.






9.BUDU

Jika sebut sahaja sos bilis @ budu anda pasti ingat Terengganu,tempat terkenal dengan pembuatan budu. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di peram dengan asam keping @ asam gelugur. Budu sedap di makan dengan pelbagai cara atas kreativiti anda.


                                                   erm..yummy...3x



10.KUIH NEKBAT

Kuih nekbat adalah kuih yang diperbuat oleh masyarakat di sini. Bentuknya sama seperti kuih akok tetapi kuih ini menjadi kembang apabila dibakar. Kini kuih ini jarang di jumpai di bandar dan hanya di kampung sahaja yang masih membuatnya.



Ini baru sebahagian makanan tradisi Terengganu yang kami tunjukkan,masih ada banyak lagi yang belum anda ketahui. 
Jika anda handak mengetahui dan merasa makanan tradisi Terengganu ?
sila berkunjung ke TERENGGANU.
rasalah,nikmatilah keenakannya.......lazatttttt



Monday, December 2, 2013

OHHHH BROKOLI....!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...  

Kali ini kami ingin berkongsi berkenaan brokoli. tahukah anda apa itu brokoli? 

Brokoli (Brassica oleracea L. Kelompok Italica) adalah tanaman sayuran yang termasuk dalam jenis kubis atau Brassicaceae. Brokoli berasal dari daerah Laut Tengah dan sudah sejak masa Yunani Kuno. Sebagai makanan, brokoli biasanya direbus atau dikukus, atau dapat pula dimakan mentah. Cara terbaik dalam memasak brokoli adalah dengan cara dikukus. Hal ini bertujuan agar segala vitamin dan nutrisi penting di dalamnya tidak hilang selama proses pemasakan. Merebus brokoli akan menghilangkan sekitar 50 % asid folat yang terkandung di dalamnya. Oleh karena itu, jika ingin memasak brokoli dengan cara direbus, sebaiknya brokoli tidak direbus terlalu lama, kira-kira tidak lebih dari 5 minit. Brokoli mengandung vitamin C dan serat makanan dalam jumlah banyak. Brokoli juga mengandungi glukorafanin, yang merupakan ajen antikanser sulforafana (sulforaphane). Selain itu, brokoli mengandungi isotiosianat sebagaimana sulforafana.



Kandungan nutrisi pada brokoli terdiri daripada :-
  • Kalsium             56 mg
  • Kalori               33 kkal
  • Beta karoten     375 mcg
  • Folat                 90 mg
  • Zat Besi            1.7 mg
  • Vitamin C          87 mg
  • Vitamin E          1.3 mg
  • Seng                 0.6 mg
Khasiat dan manfaat brokoli terhadap kesehatan tubuh diantaranya :
1. Mampu Melawan dan Mencegah Kanser.
Agen anti kanser yang terdapat di brokoloi adalah indoles, sulforaphane, isothlocyanate, glukosinolate, ditihiolthione dan beta karoten.Sulforaphane ini adalah zat yang akan membentuk enzim yang mampu melawan kanser, diabetis, penyakit jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi.Sayuran brokoli dalam melawan kanser ternyata tidak hanya mampu mencegah pertumbuhan tumor sebanyak 60 %, tapi juga mampu mngecilkan ukuran tumor hingga 75 %.
2. Mampu Menormalkan kadar gula dalam darah.Brokoli dapat dimanfaatkan sebagai pengganti nasi bagi penderita kencing manis karena brokoli merupakan sumber karbohidart dengan jumlah kalori yang lebih rendah daripada nasi.
3. Mampu menurunkan kadar kolesterol.Penelitian di Amerika menemukan bahwa sayur brokoli mengandung serat pektin tertentu iaitu kalsium pektat yang mampu mengikat asam empedu, akibatnya lebih banyak kolesterol yang tertahan di hati dan sedikit kolesterol yang dilepaskan ke aliran darah.Efektivitas sayuran ini dalam menurunkan kadar koleterol jahat ternyata sama dengan obat penurun kolesterol.
4. Bagi ibu hamil disarankan untuk mengkonsumsi brokoli karana adanya asam folat yang terkandung di dalamnya.
5. Bermanfaat mencegah terjadinya gangguan jantung, stroke, berbagai jenis kanser seperti kolon, prostat, paru-paru, serviks, esophagus dan laring.
6. Sebagai anti oksidan.Kandungan vitamin A dan C brokoli dapat menjaga tetap awet muda, menurunkan risiko penyakit jantung, diabetes dan berbagai infeksi.
7. Serat Brokoli dapat dimanfaatkan dalam mencegah sembelit dan gangguan pencernaan.
8. Brokoli dapat meningkatkan PH yang terlalu asid dalam tubuh, sehingga akan membuat aktiviti hati menjadi lebih baik, jaringan menjadi elastik dan otot menjadi pejal serta tulang menjadi kuat.Ini berguna untuk proses peremajaan kulit dan tubuh karana menghasilkan elastisiti dan susunan tubuh yang lebih baik.
9. Dapat membantu kecerdasan.Dengan mengkonsumsi brokoli secara teratur dalam makanan sehari-hari juga dapat membantu kecerdesan otak karana brokoli memlancarkan aliran asid amino ke otak.
10. Brokoli dapat membantu melindungi mata dan penglihatan serta mengurangi risiko timbulnya katarak.

Ternyatalah brokoli ini mempunyai pelbagai khasiat. Pengambilan brokoli dalam setiap hidangan mampu membantu kita mencegah kanser. oleh itu, jadikanlah brokoli sebagai sayuran kesukaan kita. 

Sekian sahaja untuk kali ini. Nantikan perkongsian kami berkaitan makanan pada masa akan datang.



Saturday, November 23, 2013

KELEBIHAN, KEISTIMEWAAN & KEBERKATAN 7 MAKANAN SUNNAH 
DALAM 1 SACHET


S.U.N.N.A.H merupakan formula 7 dalam 1, kombinasi ekstrak 7 makanan sunnah
iaitu madu (honey), kurma (kurma), zamzam (zamzam water), habbatus sauda
(black seed), delima (pomegranate), tiin (fig) dan zaitun (olive) yang digabungkan
menjadi gel likat di dalam paket mudahguna. Setiap bahan yang terkandung dalam 
S.U.N.N.A.H memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar
pelbagai penyakit bukan sahaja terbukti secara saintifik,malahan turut diperakui
khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui hadis-hadis dan ayat-ayat suci
Al-Quran.Amalan pengambilan gabungan ekstrak 7 makanan sunnah ini melalui
S.U.N.N.A.H bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul,
malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan
sunnah dalam kehidupan seharian, In Shaa Allah..
Apa Itu 7 Dalam 1 Makanan SUNNAH?
zamzam
Air Zam Zam (Zamzam Water) terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan kerana ia mengandungi kandungan Kalsium, Garam Magnesium dan juga fluorida semula jadi yang tinggi merangkumi tindakan yang memadam rembasan penyakit. Nabi S.A.W. berkata: "Air yang terbaik di muka bumi ialah air Zamzam, ia adalah sejenis makanan dan penyembuhan dari penyakit."
madu-honey
Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Sabda Nabi S.A.W., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
delima-buah
Delima (Pomegranate) adalah salah satu buah yang paling padat nutrien untuk kesihatan yang baik secara keseluruhan. Anti-oksida yang kuat sebatian fitonutrien di dalamnya bukan sahaja amat baik untuk jantung dan saluran darah, tetapi juga telah terbukti untuk menghalang pelbagai pelbagai sel-sel kanser. Dari Ibn 'Adiyy Al-Kaamil, Nabi SAW bersabda: "Tidak ada benih tunggal delima yang memasuki perut seseorang kecuali ia menerangi hatinya dan menangkis bisikan syaitan selama 40 hari."
zaitun-olive
Zaitun (Olive) adalah sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik. Polifenol semulajadi dalam Zaitun membantu untuk mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak. Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, " Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana ada penawar untuk tujuh puluh (70) penyakit di dalamnya, [dan] salah satu daripadanya adalah kusta."
buah-tiin-fig
Buah Tiin (Fig) mempunyai kandungan mineral keseluruhan tertinggi di kalangan semua buah-buahan. Ia kaya dengan serat, tembaga, mangan, kalsium, vitamin K dan sumber yang baik flavonoid dan polifenol termasuk asid Gallic, asid chorogenic, asid syringic dan rutin. Dari Sahih Al-Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
kurma-dates
Kurma (Dates) sarat dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan lain-lain) , asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan. Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi S.A.W. berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai makanan dan minuman."
habbatus-sauda-blackseed
Habbatus Sauda atau Jintan Hitam (Black Seed ) mengandungi pelbagai komposisi kimia yang terdiri daripada crytalline nigellone, 15 asid amino, alkaloid, saponin, protein, karbohidrat, yang mana ianya mineral penting yang membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut dan kesihatan usus, buah pinggang dan fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan, dan untuk kesihatan keseluruhan badan. Dari Abu Hurairah R.A., Nabi s.a.w. berkata, "Habatus Sauda adalah ubat bagi setiap penyakit kecuali Al Saam (kematian)."
    KEBAIKAN & KHASIAT MAKANAN SUNNAH

    1. Membantu merawat penyakit buasir, gout, penyakit kusta, kista, fibroid, buah pinggang, masalah hati, masalah jantung, masalah peredaran darah dan sebagainya.
    2. Mempunyai pelbagai vitamin dan garam mineral baik yang diperlukan badan
    3. Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
    4. Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
    5. Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
    6. Menghilangkan letih dan lesu badan
    7. Melancarkan pengaliran tekanan darah
    8. Meningkatkan ketahanan badan dari penyakit seperti jantung dan kanser
    9. Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migrain
    10. Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
    11. Membantu menguatkan ingatan
    12. Membantu mengekalkan kesihatan pernafasan, perut, usus, buah pinggang, fungsi hati, peredaran darah dan sistem imun sokongan badan
    13. Memberi tenaga sepanjang harian
    14. Awet muda
    15. Membantu merawat pelbagai lagi jenis penyakit

Wednesday, November 6, 2013

MONOSODIUM GLUTAMAT (MSG)



 Assalamualaikum dan salam sejahtera....  
Alhamdulillah syukur kerana masih berpeluang bernafas di dunia ini. Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan MSG. Apa itu MSG? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan MSG ini.



Pengenalan 
 
Monosodium glutamat, juga dikenali sebagai natrium glutamat atau MSG, ialah garam natrium berasaskan asid glutamik, salah satu asid amino tidak perlu yang wujud secara semulajadi dengan banyak. The U.S. Food and Drug Administration mengklasifikasikan MSG sebagai bahan “Pada Umumnya Selamat” (GRAS) dan Kesatuan Eropah sebagai bahan tambahan makanan. MSG mempunyai kod HS 29224220 dan nombor E E621. Glutamat dalam MSG memberikan rasa umami yang sama dengan glutamat daripada makanan lain. Kedua-duanya adalah sama dari segi kimia. Industri pengeluar makanan memasarkan dan menggunakan MSG sebagai penambah perisa kerana ia mengimbangkan, menyebatikan dan menyatukan keseluruhan persepsi rasa-rasa yang lain. Nama dagang monosodium glutamat termasuklah AJI-NO-MOTO®, Vetsin, dan Ac'cent.

Penghasilan dan sifat-sifat kimia

Sejak kali pertama MSG dilancarkan di pasaran, ia telah dihasilkan melalui tiga kaedah: 
(1) hidrolisis protein sayur-sayuran dengan asid hidroklorik untuk memusnahkan ikatan peptida (1909-1962)
(2) sintesis kimia secara langsung dengan menggunakan akrilonitril (1962 – 1973)
(3) fermentasi bakteria yang merupakan kaedah semasa.  

Pada mulanya, gluten gandum telah digunakan untuk hidrolisis kerana ia mengandungi lebih daripada 30 g glutamat dan glutamin dalam 100 g protein. Tetapi oleh kerana pengeluaran MSG untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat, proses-proses pengeluaran yang baru telah dikaji: sintesis kimia dan penapaian. Industri gentian poliakrilik bermula di Jepun pada pertengahan tahun 1950an dan akrilonitril digunakan pada masa itu sebagai bahan permulaan untuk mensintesis MSG. Kini, kebanyakan pengeluaran MSG dunia adalah daripada penapaian bakteria dalam proses yang serupa dengan wain, cuka, dadih dan juga koko. Natrium ditambahkan kemudian melalui langkah peneutralan. Semasa penapaian, bakteria terpilih (bakteria korineform) yang dibiak dengan ammonia dan karbohidrat daripada bit gula, tebu, ubi kayu atau molases, merembeskan asid amino ke dalam kaldu pembiakan di mana L-glutamat diasingkan. Kyowa Hakko Kogyo Co Ltd membangunkan penapaian industri yang pertama untuk menghasilkan L-glutamat. Kini, hasil penukaran dan kadar pengeluaran daripada gula ke glutamat terus meningkat dalam pengeluaran industri bagi MSG, yang membolehkan ia memenuhi permintaan. Produk terakhir selepas penurasan, kepekatan, pengasidan dan penghabluran ialah glutamat tulen, natrium dan air. Ia merupakan sejenis serbuk berhablur putih dan tidak berbau, yang apabila dilarutkan berpisah kepada glutamat dan natrium. Ia larut dalam air tetapi tidak higroskopik dan tidak boleh larut dalam pelarut organik seperti eter. Secara umumnya, MSG adalah stabil di dalam keadaan pemprosesan makanan yang biasa. Dalam masakan, MSG tidak terurai, tetapi seperti asid amino yang lain, pemerangan atau tindakbalas Maillard akan terjadi dalam kewujudan gula pada suhu yang sangat tinggi.

Penggunaan MSG

MSG tulen tidak mempunyai rasa yang enak secara bersendirian jika ia tidak dicampur dengan bau savouri yang sejajar. Sebagai perisa dan dalam jumlah yang betul, MSG mempunyai keupayaan untuk meningkatkan sebatian aktif rasa yang lain dengan mengimbangkan dan menyedapkan rasa keseluruhan masakan tertentu. MSG serasi dengan daging, ikan, ternakan, banyak sayur-sayuran, sos, sup dan perap, dan meningkatkan tahap kesukaan terhadap makanan tertentu secara keseluruhan, seperti sup jernih daging.Tetapi seperti rasa asas yang lain kecuali sukrosa, MSG meningkatkan kesedapan hanya dalam jumlah yang betul. MSG yang berlebihan memusnahkan rasa sesuatu hidangan. Walaupun jumlah ini berbeza mengikut jenis makanan, bagi sup jernih skor rasa kesedapan akan menurun dengan cepat jika kepekatan MSG lebih daripada 1 g bagi setiap 100 ml Tambahan pula, terdapat interaksi di antara MSG dan garam (natrium klorida) dan bahan umami yang lain seperti nukleotida. Semua perlu berada dalam kepekatan yang optimum untuk kesedapan maksimum. Dengan sifat-sifat ini, MSG boleh digunakan untuk mengurangkan pengambilan garam (natrium), yang boleh menyebabkan hipertensi, penyakit jantung dan strok. Rasa makanan rendah garam akan menjadi lebih sedap dengan adanya MSG walaupun dengan pengurangan garam sebanyak 30%. Kandungan natrium (dalam peratus jisim) dalam MSG adalah kira-kira 3 kali lebih rendah (12%) berbanding dengan natrium klorida (39%). Garam-garam glutamat yang lain telah digunakan dalam sup kurang garam, tetapi ia menghasilkan kesedapan yang kurang berbanding dengan MSG.

Keselamatan MSG sebagai penambah perisa

MSG telah digunakan dengan selamat selama lebih daripada 100 tahun untuk memperasakan makanan. Dalam tempoh ini, kajian yang meluas telah dijalankan untuk menjelaskan peranan, manfaat dan keselamatan MSG. Setakat ini, badan-badan antarabangsa dan nasional bagi keselamatan bahan tambahan makanan menganggap MSG sebagai selamat untuk digunakan oleh manusia sebagai penambah perisa. “kompleks gejala MSG” pada asalnya diistilahkan sebagai “Sindrom Restoran Cina” apabila secara anekdot Robert Ho Man Kwok melaporkan gejala yang beliau alami selepas memakan hidangan Cina Amerika. Kwok mencadangkan beberapa sebab di sebalik gejala tersebut, termasuk alkohol daripada wain masakan, kandungan natrium, atau perasa MSG. Tetapi MSG menjadi tumpuan dan gejala-gejala tersebut telah dikaitkan dengan MSG sejak itu. Kesan wain atau kandungan garam tidak pernah dikaji. Selepas beberapa tahun, senarai gejala tidak khusus telah berkembang pada dasar anekdot. Dalam keadaan yang biasa, kita mempunyai keupayaan untuk memetabolismakan glutamat yang mempunyai ketoksikan akut yang amat rendah. Dos maut oral pada 50% subjek (LD50) ialah di antara 15 hingga 18 g/kg berat badan dalam tikus dan tikus muncit masing-masing, 5 kali lebih tinggi berbanding dengan LD50 garam (3 g/kg dalam tikus). Oleh yang demikian, pengambilan MSG sebagai bahan tambahan makanan dan tahap semulajadi asid glutamik dalam makanan tidak mendatangkan kebimbangan toksikologi kepada manusia. Laporan dari Persekutuan Persatuan Amerika untuk Biologi Uji Kaji (FASEB) yang telah disediakan pada tahun 1995 bagi pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) merumuskan bahawa MSG adalah selamat apabila “dimakan dalam tahap biasa” dan walaupun nampaknya terdapat sekumpulan kecil individu sihat yang bertindak balas terhadapkompleks gejalaMSG apabila didedahkan kepada 3 g MSG tanpa makanan, MSG belum dapat dikenal pasti sebagai punca gejala tersebut kerana senarai kompleks gejala MSG adalah berdasarkan kepada laporan testimoni. Laporan ini juga menunjukkan bahawa tiada data untuk menyokong peranan glutamat dalam penyakit kronik atau penyakit yang melemahkan. Kajian klinikal buta berganda pelbagai pusat yang dikawal telah gagal untuk menunjukkan hubungan di antara kompleks gejala MSG dengan pengambilan MSG di dalam individu yang dipercayai mengalami tindak balas yang buruk terhadap MSG. Tiada kaitan statistik telah ditunjukkan, terdapat beberapa maklum balas dan ia tidak konsisten. Tiada gejala telah diperhatikan apabila MSG diberikan bersama makanan.
Kawalan yang mencukupi bagi uji kaji berat sebelah termasuk reka bentuk uji kaji buta berganda yang dikawal plasebo (DBPC) dan penggunaan di dalam kapsul kerana rasa kesan glutamat yang kuat dan unik.  Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Tarasoff dan Kelly (1993), 71 peserta yang telah berpuasa diberikan 5 mg MSG dan kemudian diberikan sarapan lazim. Hanya terdapat satu reaksi, dan ia adalah terhadap plasebo dalam individu yang mengaku peka terhadap MSG. Dalam satu lagi kajian lain yang telah dijalankan oleh Geha et al. (2000), mereka menguji reaksi 130 subjek yang melaporkan kepekaan terhadap MSG. Pelbagai ujian percubaan DBPC telah dijalankan dan hanya subjek yang mengalami sekurang-kurangnya dua gejala diteruskan. Hanya 2 orang daripada keseluruhan kajian bertindak balas dalam kesemua empat cabaran. Oleh kerana jumlah yang rendah, para penyelidik mencapai keputusan bahawa tindak balas terhadap MSG tidak dapat diulang.
Kajian-kajian tambahan yang telah menyiasat sama ada MSG menyebabkan obesiti telah memberikan keputusan yang bercampur. Terdapat beberapa kajian yang menyiasat kaitan anekdot di antara MSG dan asma; bukti pada masa ini tidak menyokong sebarang kaitan.
Oleh kerana glutamat merupakan neurotransmiter yang penting di dalam otak manusia, yang memainkan peranan utama dalam pembelajaran dan memori, terdapat kajian yang berterusan oleh pakar neurologi tentang kesan sampingan yang mungkin disebabkan oleh MSG dalam makanan tetapi tiada kajian kukuh yang menunjukkan sebarang kaitan. 


Monosodium glutamat
Nama IUPAC
Natrium Natrium 2-Aminopentanedioik
Pengecam
Nombor CAS
[142-47-2]
PubChem
85314
SMILES
C(CC(=O)O)C(C(=O)[O-])N.[Na+]
Sifat
Formula molekul
C5H8NNaO4
Jisim molar
169.111
Rupa bentuk
Serbuk berhablur putih
Takat lebur
225
Keterlarutan dalam air
Amat mudah melarut di dalam air
Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk
bahan-bahan dalam
keadaan piawai
(pada 25 °C, 100 kPa)